Kisah Semut dan Kuda

Posted by sham on 9 Apr 2014 0

Bismillah.

Assalammualaikum..

Jom kita explore satu cerita. Cerita ni cerita dongeng zaman dahulu. Cerita motivasi ada iktibar yang boleh kita pelajari. Ikuti cerita ni, yang dah pernah baca silakan baca sekali lagi ye. 

Kisah Semut dan Kuda.



Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon yang rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.


Semut juga melihat kuda terduduk dalam kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, "Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan disini?"

"Saya sedang berehat wahai semut," jawab kuda.

"Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali?" tanya semut lagi.

"Itulah dia, saya begitu penat membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku," jawap kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, "Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?"

Maka kuda pun menjawap, "Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu.."

"Oh begitu..." kata sang semut sambil tersenyum.

Sang kuda berkata, "Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?" tanya sang kuda kepada sang semut itu tadi.

"Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali..."

"Kenapa boleh jadi begitu ya?" tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata, "Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda..."

"Apa perbezaannya?" tanya kuda.

"Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana. Sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami..." demikian penjelasan semut.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Itu lah dia kisah antara kuda dan semut.

Apa yang menarik, watak kuda dan semut ada dalam masyarakat manusia. Kuda dan semut memang dah tak ada pilihan, tetapi sebagai manusia kita banyak pilihan. Sebab Allah telah kurniakan kepada kita dengan hati dan akal untuk memilih.

Hidup ini adalah pilihan bukan paksaan
Kita sendiri yang memilih, kita juga yang memaksa diri
Kita juga yang memilih untuk jadi seperti kuda.
Kita juga yang memilih untuk bekerja dengan majikan sekarang.
Kita yang memilih untuk sanggup keluar rumah seawal pagi ke pejabat dan pulang ke rumah setelah lewat petang.
Kita jugalah yang memilih untuk sanggup bersesak-sesak di jalan raya pagi dan petang untuk majikan.
Maka, Jika anda masih sanggup untuk semua di atas, anda hanya ada 1 pilihan. Teruskan pekerjaan anda dengan cemerlang.

Jika anda memilih untuk menjadi seperti semut, anda ada banyak pilhan. Tetapi pilihan anda tak akan berhasil tanpa langkah pertama.  

Tiru langkah saya dan mentor-mentor saya;
Berhajat menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari  rumah, dan 
Dapat life-support dan business guide oleh mentor yang hebat dalam secret-group kami
Hubungi Sham untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Makluman : 
2/3 dari hasil keuntungan akan di INFAQ kan untuk dana
PASTI KHADIJAH Desa Coalfields




Tagged as:
About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

© 2013 Pen Hijau. WP Theme-junkie converted by BloggerTheme9
Blogger templates | Distributed By: BloggerBulk Proudly Powered by Blogger.
back to top